| Author's Profile | Fanfic List | Credits |

Thursday, 24 November 2011

Fanfic Series:Live With 3 Oppa [Foreword]



Sinopsis:


Setelah kedua ibu bapa Yong Hwa dan Hye Ra meninggal, Yong Hwa terpaksa membawa Hye Ra tinggal bersamanya di rumah sewa nya. Hye Ra tidak tahu bahawa abangnya bukan menginap seorang diri di dalam rumah itu tetapi dengan 3 orang junior abangnya kerana Yong Hwa tidak pernah memberitahu Hye Ra. 3 junior Yong Hwa jugak tidak tahu bahawa mereka bakal menerima seorang gadis di dalam rumah itu. Sebaik sahaja Hye Ra terserempak dengan Mir di dalam bilik mandi Yong Hwa terpaksa menjelaskan segalanya. Hye Ra masih boleh terima hakikat itu namun Yong Hwa merahsiakan lagi satu perkara daripada Hye Ra iaitu Yong Hwa harus pergi ke sebuah syarikat rakaman dan mula merakamkan lagu. Dalam erti kata lain, Yong Hwa tu bakal artis lewww~ apabila Hye Ra mendapat tahu hal ini, Hye Ra tidak bercakap dengan Yong Hwa sehingga pagi esok ,apabila Yong Hwa hendak berangkat. Di sekolah, Hye Ra tidak mempedulikan pelajarannya. 

Mir, L.joe dan Gikwang berasa bertanggungjawab terhadap Hye Ra, namun Hye Ra cukup tidak suka mereka bertiga. 

Mir yg cerdik pandai itu, selalu mengajar Hye Ra setiap malam
Gikwang yang prihatin, selalu tanyakan tentang diri Hye Ra (dah makan ke belum? sakit ke? )
L.joe yg bersikap cool dan dan kuat itu, selalu melindungi Hye Ra.

Apakah Hye Ra akan berubah selepas dia menyedari Mir, L.Joe dan Gikwang begitu menjalankan amanah abangnya dengan cermat?

Dan apa yang akan terjadi,apabila Hye Ra mula jatuh hati pada Mir,dan dalam masa yang sama,Gikwang juga menyukai Hye Ra?Juga,ancaman daripada Hyosung,yang menyukai Gikwang membuatkan Hye Ra terganggu.Bagaimana Hye Ra hendak menempuh perkara ini?


Fanfic ini dibuat dengan kerja sama antara kami berdua iaitu Aina Fatinah & Lina Kiki :)

No comments:

Post a Comment