| Author's Profile | Fanfic List | Credits |

Saturday, 26 November 2011

Live With 3 Oppa [Chapter 2 ]



Chapter 2

Di ruang tamu Mir dan Yong hwa sedang leka menonton televisyen sambil menikmati keropok. Mereka memang banyak menyimpan makanan ringan di dapur terutamanya yong hwa yang tidak lagi bersekolah itu. Dia akan makan keropok sementara menunggu Mir, Gi kwang dan L.joe pulang ke rumah membawa makanan.

"hyung, dah bagitahu hye ra abaout your audition? Kena pergi esok, kan?" Mir tiba- tiba mengajukan soalan. Yong hwa memandang mir sekilas. Lantas dia terus melepaskan keluhan sambil menggeleng . Mir terbatuk hampir tercekik.

"Ani ? Waeyo?" Tanya mir menyumbatkan segenggam keropok di tangannya.
"Huh? Waeyo? Yah, jangan tanya lah. I know her. Dia tak terima punya lah." jawab yong hwa dengan berat.
"Hyung, dia kena tahu. Susah nanti dia temu ramah kitaorang bertiga tanya soalan yang sama ' Mana yong hwa, mana yong hwa?' Ahh, apa kitaorang nak jawab?" Mir bercakap lagi. Mulutnya masih penuh dengan keropok.
"Yae . Hum .., Yah, ada idea tak macam mana nak cakap?" Yong hwa serta merta meminta bantuan mir yang genius itu. "Idea ? Yae yae yae. Dengar! Salin kalau boleh!" Mir menarik nafas sementara yong hwa mengeluarkan telefon bimbitnya.
Mir memandang yong hwa dengan wajah yang sayu. Dia sedang menghayati watak sebagai yong hwa.
"Hye ra-ssi, mianhae. opaa.. kena pergi esok. oppa rasa bersalah tak dapat nak jaga adik. Hye ra-ssi, mianhae. Abang harap adik faham keadaan abang sekarang ni. This is my ambition since i'm still young. Hye ra-ssi, joesonghabnida. support me!" Mir mengakhiri ayatnya dengan sebuah senyuman .

Yong hwa menepuk tangan dan ketawa suka. Dia kemudian menekan butang ' simpan ' dan terus menyimpan telefonnya kembali. Kemudian dia memandang mir " Yah, ayat belakang tu, i must act cute?" tanya yong hwa hendakkan kepastian dengan ayat terakhir mir kerana tiba-tiba mir membuat muka comel. tidak sempat mir membuka mulut, tiba-tiba muncul hye ra dari belakang yong hwa. Air matanya berkumpul di kelopak mata. Tunggu masa hendak membasahi pipi hye ra .

"MWO?" hye ra tidak dapat berkata- kata sebaik sahaja mendengar perbualan antara yong hwa dan mir sejak dari tadi. Yong hwa menggigit bibir sambil memandang mir. Mir memberi isyarat supaya dia memandang hyer a di belakang. Apabila yong hwa menoleh serentak itu lah hye ra berlalu.

"Huh ? nugu?" L.joe kelihatan bingung ketika dia mengelak daripada berlanggar dengan hye ra. L.joe hanya buat tidak tahu. Dia meneruskan perjalanannya ke arah ruang tamu sambil menyanyi- nyanyi kecil lagu yang berkumandang di i-podnya yang bersambung terus kepada headphone yang sedang dipakainya. Tetapi gi kwang yang berada tidak jauh dari belakang L.joe terus mengekori hye ra.
Perlahan- lahan gi kwang membuka pintu bilik hye ra. Dia melihat hye ra duduk menanggis di penjuru katil.

"Wae-waeyo?" Tanya gi kwang dengan lembut sebaik sahaja dia duduk di sebelah hye ra. Namun hye ra tidak menjawab pertanyaannya. Gi kwang membetulkan duduknya. "Jangan nangis. Saya akan jaga awak. Mir, L.joe , kami bertiga akan jaga awak. We'll treat you like a princess. Macam awak nyawa kami. Arachi? jangan nangis lagi." Gi kwang duduk rapat dengan hye ra dan berkata perlahan. Hye ra hanya mampu mengusap air matanya. Hye ra memandang gi kwang. Tiba- tiba terbayang wajah seorang lelaki yang bermakna dalam hidupnya. Yang selalu memujuknya ketika dia sedih, yang selalu memanggilnya ' my little princess' .

" Appa !" Hye ra terus memeluk gi kwang serentak dengan ayatnya itu keluar dari bibirnya. Yong hwa yang hanya memerhati secara senyap di dalam bilik itu cuma tersenyum dan mengeluh kecil sebelum beredar dari situ.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
7: 30 pagi, keesokkan harinya.

"Yah, jaga adik aku baik- baik. Aku percaya korang bertiga ni. Okeyh?" Yong hwa berdiri di hadapan mir, gikwang dan L.joe yang sedang beruniform sekolah sebaik sahaja dia selesai memasukkan semua bagnya ke dalam teksi. Dia menyerahkan kereta mahalnya itu untuk kegunaan hye ra dan juga juniornya.
"Arasso hyung!" serentak mereka berkata dengan semangat.
"Yah, byunghun (L.joe), jangan dengar muzik waktu dalam kelas. Nanti kena macam hari tu, siapa nak menyamar jadi bapa kau? Aku tak sanggup nak datang sini balik semata- mata nak menyamar jadi bapa
' muda ' kau. Faham?" Yong hwa memandang l.joe yang baru hendak memakai headphone kesayangannya. Kemudian yong hwa memandang hye ra yang berdiri jauh sedikit dari mereka. Dia sedang berpeluk tubuh sambil menyandang bag mir yang tidak digunakan lagi. yong hwa terlupa hendak membeli bag untuk hye ra. Mir menepuk belakang yong hwa untuk memberi semangat kepada yong hwa bagi berhadapan dengan hye ra.

" Mianhae hye ra-ssi." Kemudian mulutnya terkunci. Hye ra tidak memandangnya. "Abang sayang adik!" Laju yong hwa memeluk hye ra namun hye ra tidak memberi reaksi juga. Yong hwa melepaskan pelukannya. Dia berjalan perlahan- lahan kearah teksi yang sedang menunggunya. Teksi itu serta merta memecut laju sebaik sahaja yong hwa sudah duduk di dalam.

Mir datang mendekati hye ra. " Come on, let's go! " Mir berkata teruja sambil melabuhkan tangan kanannya di bahu kanan hye ra.

Akhirnya mereka tiba di sekolah. Mir, gi kwang dan L.joe masuk ke kelas bersama hye ra. Ramai juga mata yang memandang kelibat hye ra. Gi kwang yang perasan insiden itu terus berjalan di sebelah kiri hye ra untuk menghalang mata- mata pelajar lelaki kelas itu dari terus melihat hye ra. L.joe menarik luas sebuah kerusi dan mengarahkan hye ra supaya duduk " Duduk lah. Ini tempat awak. Dekat sini memang kosong. Tak ada siapa nak duduk dengan budak sebelah tu. " L.joe memuncungkan bibirnya kearah seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelah hye ra. Dia sedang tidur.

Sebaik sahaja L.joe, mir dan gi kwang beredar ke tempat duduk masing- masing pelajar lelaki yang duduk di sebelah hye ra terjaga. Dia mengesat hujung bibirnya seterusnya meliat. Kemudian dia berdiri dan melakukan larian setempat. Kemudian dia duduk semula. Kemudian dia terpandang hye ra di sebelahnya.

" Yah .. yah .. WHOAHH, awak siapa? " Tanya pelajar lelaki itu. Hye ra memandang tag nama pelajar itu,
" Chan hee? Anyong, saya jung hye ra. Pelajar baru. Panggil hye ra. Apa saya patut panggil awak? chan hee?" Tanya hye ra tersenyum.
"WHOAHH, magic! awak tahu nama saya ! Ani, panggil chunji. Well, welcome! " Chunji tersenggih.
"Gomawo ~." hye ra menundukkan kepalanya sedikit.

No comments:

Post a Comment