| Author's Profile | Fanfic List | Credits |
Showing posts with label live with 3 oppa. Show all posts
Showing posts with label live with 3 oppa. Show all posts

Sunday, 4 December 2011

live with 3 oppa [chapter 4 ]


chapter4 

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan pada hari itu sudah tamat. Hye ra keluar dari kelas dan terus berjalan tidak menunggu mir, l.joe dan gikwang. Laju sahaja dia berjalan seperti hendak lari dari penculik.

  "Yah, mana hye ra?" Mir terpandang tempat duduk hye ra sebaik sahaja kelas itu sudah kosong hanya tinggal mereka bertiga. L.joe yang sedang mengeluarkan headphone dari dalam bagnya memandang mir. Mir melepaskan pandangan kearah gikwang, gi kwang pula melepaskan pandangan kearah meja hye ra yang kosong.

  "YAH!!" Serentak mereka bertiga berlari keluar kelas dengan kalut. Mereka kini di luar pagar sekolah. Tiada sesiapa di situ.

 "Macam mana kau boleh tak perasan joe?" Gikwang yang masih tercungap- cungap memandang l.joe yang tampak tenang. Dia masih sempat menyanyi kecil sedangkan mir dan gikwang punyalah tercungap-cugap keletihan. Gikwang dan mir serentak memandang l.joe yang tidak mendengar soalan itu. Apakah? Mir memandang ke kiri.

 "Dekat situ!" Mir menarik gikwang pergi manakala l.joe masih sibuk menyanyi. L.joe memandang ke kanan. Matanya membulat. Dia membuka headphonenya. "Mana ... yah, jangan tinggalkan aku!" jerit l.joe berlari ke kanan.

sementara itu ...
  "Eh, gikwang?" Hyosung tiba-tiba muncul ketika mir dan gikwang berhenti di sebuah warung. Mir sudah tersenyum sedikit tanda dia tahu apa akan terjadi manakala gikwang .. dia tersenyum memandang hyosung tetapi apabila dia memandang kearah lain, dia buat muka menyampah.

 "Hey, apasal awak tak balik lagi ni?" Hyosung mencelah diantara mir dan gikwang. gikwang sudah menggaru kepala manakala mir senyap- senyap menunjukkan penumbuknya kerana dia hampir terjatuh ditolak hyosung semata- mata nak menyempit antara nya dan gikwang.

  "Gikwang, kenapa awak ada dekat sini? Rumah awak, bukan sebelah sana ke? Am.. kalau rindu saya pun, nanti- nanti lah, esok ada." Hyosung terus merapati gikwang. Gikwang cuma melahirkan sengihan terpaksanya.

  Bunyi telefon mir menarik perhatian gikwang namun, hyosung menghalangnya untuk memandang mir. Terpaksa dia melayan karenah seniornya itu. Mir membaca mesej yang diterima daripada seseorang. Kemudian dia berdiri.
  "Gikwang, joe dah jumpa hye ra. Jom." Mir menarik tangan gikwang. Hyosung pula tercengang dan mula merengus menghentak kaki.

Di rumah ...
  "Kenapa tak tunggu kami tadi?" Tanya gikwang sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam rumah itu dan terlihat hye ra yang sedang menyusun kasut di rak kasut.
  "Kenapa? Memang kena balik rumah,kan? salah ke?" Hye ra terus berlalu dengan sebuah jelingan kepada gikwang. Dia terus duduk di sofa dan membuka televisyen. Gikwang duduk disebelahnya.

  "Hey, my little princess. Kalau awak buat macam ni lagi, siap awak! Selalunya lepas sekolah, kami lepak depan warung sana. So, nanti tunggu kami. Tak tunggu lagi, siap!" Gikwang cuba mengugut gadis itu tetapi nadanya terlalu lembut dan manja, tidak layak dipanggil mengugut. Dia juga turut melemparkan senyuman manis kepada gadis disebalahnya itu. Kemudian, dia berdiri dan berlalu memasuki bilik.

  Hye ra hanya terdiam mendengar kata- kata gikwang yang semestinya membuatkannya teringatkan seseorang. Mir keluar semula beberapa minit bersama gikwang mahu membeli makanan. Kini, hye ra dan l.joe sahjaja di rumah. L.joe turun dari tingkat atas sambil menekapkan headphone di telingnya. Apabila dia hendak duduk di sofa dia terlihat hye ra sedang terbaring diatas sofa panjang. L.joe merenung lama wajah hye ra.

  "Tak ada rupa yonghwa pun.." Dia bukannya memuji malah memberi kritikan terhadap wajah hye ra. Haha. Kemudian dia duduk di kerusi bulat dekat dengan tempat hye ra tidur.

  "Makan! " Suara itu mengejutkan l.joe dan hye ra yang sedang tidur dengan serentak. Masing- masing terkejut dengan suara teriakan mir dari arah dapur. Hye ra dan L.joe serentak berdiri dan beredar ke dapur. Hye ra menarik kerusi di sebelah gi kwang. Mereka berempat menikmati sejenis mi bernama japchae. Malam itu, mereka bertiga sibuk membuat kerja sekolah yang diberi di ruang tamu. Televisyen juga ditutup. Hye ra yang baru lepas mandi dengan selamba membuka televisyen dan menguatkan ' suara televisyen '. Kejadian itu telah membuatkan mir, l.joe dan gikwang memandang hye ra dengan serentak.

  "Apa?" Tanya hye ra. Satu soalan yang tidak patut diajukan kepada tiga orang junior abangnya.
  "Join kitaorang, belajar! Tutup TV." L.joe berkata tegas. Hye ra tidak memandang L.JOE sebaliknya dia cuma menatap televisyen.

  "Hye ra.. jom buat kerja sekolah sama- sama. Tutup TV." kali ini suara yang lembut itu telah melepasi gegendang telinga hye ra. Siapa lagi kalau bukan gi kwang? Yang selalu membuatkannya teringat akan seseorang.  Hye ra melepaskan keluhan. " Tak boleh ke korang belajar dalam bilik sendiri? Tak perlu nak bincang- bincang segala? " Dia memandang tiga orang jejaka tampan di hadapannya dengan pandangan yang dapat membuatkan orang rasa menyampah dengannya.

  Gi kwang, Mir dan L.joe berpandangan. Dalam beberapa saat, mereka mengangguk perlahan. Entah apa lah yang mereka akan lakukan. Gi kwang berdiri dan merampas rimut daripada hye ra. Mir pula berdiri menarik hye ra naik keatas, ke dalam bilik hye ra.

  " Keluarkan buku, saya tolong awak buat kerja." Mir sudah duduk di kerusi meja belajar hye ra. Hye ra mencerunkan pandangannya. Tangannya digenggam kemas. Tak suka dilayan begitu. Geram melihat mir yang selamba duduk diatas meja blejarnya dan mengusik barang- barangnya. Hye ra terpandang katilnya. Dengan laju, dia naik atas katil dan menyelimuti dirinya. Mir lantas berdiri dan menuju kearah katil. Dia cuba membuka selimut itu tetapi hye ra telah mengawal selimut itu. Mir tetap nekad hendak mengajar hye ra.

  Mir menggaru kepalanya sambil mencekak pinggang. Dia hanya memandang selimut yang berbentuk badan manusia itu. Hye ra pula nekad tak nak belajar. Mir menggenggam selimut itu dan merenntapp selimut itu. Tangan hye ra dengan tidak sengaja tertarik mir dan ...

  Mir kini betul- betul di hadapannya. Mereka sangat dekat sehinggakan mereka boleh mendengar hembusan nafas masing- masing. Bola mata mereka bertemu dan mereka setia seperti itu beberapa saat.

Tuesday, 29 November 2011

Live With 3 Oppa [Chapter 3]





Chapter 3

Kelas menjadi riuh-rendah,apabila suara Chan Hee,atau nama samarannya Chunji sedang membuat kecoh,kerana ada orang sudi duduk di sebelahnya. “Cehh,itu pun nak kecoh ke?” salah seorang rakan sekelas mereka menyoal dengan pelik.

“Mestilah!First time ada orang duduk sebelah aku!” balas Chunji dengan bangga. “Hek eleh...” ada yang berkata begitu kepada Chunji yang tersengih-sengih.

Dengan secara tiba-tiba,Chunji memeluk Hye Ra kerana perasaan yang terlalu gembira dengan perkara itu.L.Joe yang ternampak kejadian itu terus bangun dan menggenggam penumbuk ke arah Chunji,sebelum menarik Hye Ra ke sebelahnya.

“Weh,apa ni...kita kan kawan.So,tak payahlah nak tunjuk penumbuk segala...” Chunji menolak tangan L.Joe yang sedang menggenggam penumbuk.L.Joe merenung Chunji dengan tajam sebelum duduk semula di tempatnya.

Hye Ra terus duduk di tempatnya.

Dia memandang ke arah lain,lalu keluhan kecil terkeluar dari bibirnya itu.Gikwang yang perasan dengan keadaan Hye Ra itu hanya mampu melihat sahaja.

“Bangun!” ketua kelas menyuruh mereka semua bangun.Ketika itu,guru subjek Matematik masuk.Chunji di sebelah mengeluh dan berkata sesuatu.Selepas memberi salam hormat,guru itu menyuruh mereka semua duduk dan dia memulakan pelajaran.

Chunji di sebelahnya sudah mula aktivitinya.Iaitu tidur.Hye Ra menumpukan perhatiannya terhadap apa yang guru itu ajarkan.

Dia menyalin segala formula yang dituliskan di papan putih.Hye Ra ingin belajar dengan bersungguh-sungguh,supaya abangnya bangga kerana mendapat adik sepertinya.Itulah harapannya.

Sejam berlalu,guru itu meminta diri untuk pelajaran yang seterusnya.Hye Ra terpaksa menggerak Chunji yang masih lena dalam tidurnya.Mamat ni jaga anak ke?Sampai pagi pun tidur lagi,desis Hye Ra dalam hatinya.

“Kenapa?” Chunji masih dalam mamainya. “Waktu subjek Matematik dah habis.” balas Hye Ra. “Oh,okay.” Chunji menggeliat sebelum menjawab.

“Hye Ra,awak okey ke?Ke awak still ingat abang awak lagi?” Gikwang muncul di tempat Hye Ra. “Urmm...saya okey je.” dia menjawab dengan sebaik mungkin.Walaupun dia tidak suka dengan perhatian yang diberikan oleh junior abangnya itu.

“Okey,kalau ada apa-apa oppa dan oppa l.joe ada di sisi kamu,” pesan Gikwang sebelum ke tempat duduknya semula.Hye Ra melihat Chunji yang sudah segar,berbanding tadi,dengan mamainya selepas bangun dari tidur.

Subjek Sejarah memang membosankan bagi Hye Ra,jadi dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap subjek itu.Sudah beberapa kali matanya terpejam,dan sudah dua kali dia menguap.Chunji di sebelah masih segar,tidak tidur lagi seperti tadi.

Pelik.Itu saja yang Hye Ra dapat merumuskan tentang rakan sekelasnya itu.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

WAKTU rehat.

“Nah.” Gikwang memberikan roti yang dibelinya di kantin sekolah.Hye Ra menyambut pemberian Gikwang sebelum mengucapkan terima kasih kepada Gikwang.Gikwang membalas dengan senyuman.Hati Hye Ra berdebar untuk seketika,selepas melihat senyuman Gikwang itu.

L.Joe yang di hadapan Hye Ra sedang leka mendengar lagu di headphonenya. “Wehh,berhentilah dulu.Makan dulu!” Gikwang mencampak roti yang sama seperti yang dia berikan kepada Hye Ra.L.Joe mengangguk,dia terus membuka bungkusan plastik itu,sebelum memakan roti itu.

Hye Ra juga terus makan roti itu.

Gikwang duduk di sebelah tempat rakan L.Joe yang sudah keluar berehat.Chunji di sebelah Hye Ra sudah menghilang ke kantin.

“Gikwang!” seorang gadis berpakaian uniform sekolah yang sama dengan mereka muncul entah dari mana.Hampir menyebabkan Gikwang sedang enak makan tercekik.Hye Ra segera menghulurkan air mineral yang diletakkan di mejanya kepada Gikwang.

Gikwang terus meneguk air mineral itu.

Dia menjeling ke arah gadis itu.

Jeon Hyosung.Seniornya itu tersengih ke arahnya.Gikwang terpaksa mengukirkan senyuman pada seniornya itu.Minah ni memang nak aku mati cepat agaknya,ujarnya dalam hati.

Hyosung mendekati Gikwang.Lenggoknya sengaja digedikkan sedikit.Hye Ra yang sedang makan hanya mampu menggeleng.Gedik semacam je,komen Hye Ra dalam hati.Hyosung memandang Hye Ra dari atas hingga ke bawah.

“Siapa ni?” soal Hyosung dengan gediknya pada Gikwang. “Ah,dia ni adik senior Yong Hwa.Jung Hye Ra,” balas Gikwang. “Ohh,hai...saya Jeon Hyosung.Senior awak,” dia menghulurkan tangan kepada Hye Ra.

Hye Ra membalas huluran Hyosung dengan teragak-agak. “Jung Hye Ra,” ujar Hye Ra. “Don’t dare you to flirt Gikwang.He’s mine,” bisik Hyosung dengan penuh amaran.Kemudian,dia memberikan senyuman pada Hye Ra.Senyuman palsunya.

Hye Ra memegang dadanya. “Berani dia nak ugut aku,” kata Hye Ra dalam diam.Hyosung menjeling Hye Ra.L.Joe perasan akan jelingan itu.Dia hanya memandang Hyosung dengan jengkel.

Saturday, 26 November 2011

Live With 3 Oppa [Chapter 2 ]



Chapter 2

Di ruang tamu Mir dan Yong hwa sedang leka menonton televisyen sambil menikmati keropok. Mereka memang banyak menyimpan makanan ringan di dapur terutamanya yong hwa yang tidak lagi bersekolah itu. Dia akan makan keropok sementara menunggu Mir, Gi kwang dan L.joe pulang ke rumah membawa makanan.

"hyung, dah bagitahu hye ra abaout your audition? Kena pergi esok, kan?" Mir tiba- tiba mengajukan soalan. Yong hwa memandang mir sekilas. Lantas dia terus melepaskan keluhan sambil menggeleng . Mir terbatuk hampir tercekik.

"Ani ? Waeyo?" Tanya mir menyumbatkan segenggam keropok di tangannya.
"Huh? Waeyo? Yah, jangan tanya lah. I know her. Dia tak terima punya lah." jawab yong hwa dengan berat.
"Hyung, dia kena tahu. Susah nanti dia temu ramah kitaorang bertiga tanya soalan yang sama ' Mana yong hwa, mana yong hwa?' Ahh, apa kitaorang nak jawab?" Mir bercakap lagi. Mulutnya masih penuh dengan keropok.
"Yae . Hum .., Yah, ada idea tak macam mana nak cakap?" Yong hwa serta merta meminta bantuan mir yang genius itu. "Idea ? Yae yae yae. Dengar! Salin kalau boleh!" Mir menarik nafas sementara yong hwa mengeluarkan telefon bimbitnya.
Mir memandang yong hwa dengan wajah yang sayu. Dia sedang menghayati watak sebagai yong hwa.
"Hye ra-ssi, mianhae. opaa.. kena pergi esok. oppa rasa bersalah tak dapat nak jaga adik. Hye ra-ssi, mianhae. Abang harap adik faham keadaan abang sekarang ni. This is my ambition since i'm still young. Hye ra-ssi, joesonghabnida. support me!" Mir mengakhiri ayatnya dengan sebuah senyuman .

Yong hwa menepuk tangan dan ketawa suka. Dia kemudian menekan butang ' simpan ' dan terus menyimpan telefonnya kembali. Kemudian dia memandang mir " Yah, ayat belakang tu, i must act cute?" tanya yong hwa hendakkan kepastian dengan ayat terakhir mir kerana tiba-tiba mir membuat muka comel. tidak sempat mir membuka mulut, tiba-tiba muncul hye ra dari belakang yong hwa. Air matanya berkumpul di kelopak mata. Tunggu masa hendak membasahi pipi hye ra .

"MWO?" hye ra tidak dapat berkata- kata sebaik sahaja mendengar perbualan antara yong hwa dan mir sejak dari tadi. Yong hwa menggigit bibir sambil memandang mir. Mir memberi isyarat supaya dia memandang hyer a di belakang. Apabila yong hwa menoleh serentak itu lah hye ra berlalu.

"Huh ? nugu?" L.joe kelihatan bingung ketika dia mengelak daripada berlanggar dengan hye ra. L.joe hanya buat tidak tahu. Dia meneruskan perjalanannya ke arah ruang tamu sambil menyanyi- nyanyi kecil lagu yang berkumandang di i-podnya yang bersambung terus kepada headphone yang sedang dipakainya. Tetapi gi kwang yang berada tidak jauh dari belakang L.joe terus mengekori hye ra.
Perlahan- lahan gi kwang membuka pintu bilik hye ra. Dia melihat hye ra duduk menanggis di penjuru katil.

"Wae-waeyo?" Tanya gi kwang dengan lembut sebaik sahaja dia duduk di sebelah hye ra. Namun hye ra tidak menjawab pertanyaannya. Gi kwang membetulkan duduknya. "Jangan nangis. Saya akan jaga awak. Mir, L.joe , kami bertiga akan jaga awak. We'll treat you like a princess. Macam awak nyawa kami. Arachi? jangan nangis lagi." Gi kwang duduk rapat dengan hye ra dan berkata perlahan. Hye ra hanya mampu mengusap air matanya. Hye ra memandang gi kwang. Tiba- tiba terbayang wajah seorang lelaki yang bermakna dalam hidupnya. Yang selalu memujuknya ketika dia sedih, yang selalu memanggilnya ' my little princess' .

" Appa !" Hye ra terus memeluk gi kwang serentak dengan ayatnya itu keluar dari bibirnya. Yong hwa yang hanya memerhati secara senyap di dalam bilik itu cuma tersenyum dan mengeluh kecil sebelum beredar dari situ.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
7: 30 pagi, keesokkan harinya.

"Yah, jaga adik aku baik- baik. Aku percaya korang bertiga ni. Okeyh?" Yong hwa berdiri di hadapan mir, gikwang dan L.joe yang sedang beruniform sekolah sebaik sahaja dia selesai memasukkan semua bagnya ke dalam teksi. Dia menyerahkan kereta mahalnya itu untuk kegunaan hye ra dan juga juniornya.
"Arasso hyung!" serentak mereka berkata dengan semangat.
"Yah, byunghun (L.joe), jangan dengar muzik waktu dalam kelas. Nanti kena macam hari tu, siapa nak menyamar jadi bapa kau? Aku tak sanggup nak datang sini balik semata- mata nak menyamar jadi bapa
' muda ' kau. Faham?" Yong hwa memandang l.joe yang baru hendak memakai headphone kesayangannya. Kemudian yong hwa memandang hye ra yang berdiri jauh sedikit dari mereka. Dia sedang berpeluk tubuh sambil menyandang bag mir yang tidak digunakan lagi. yong hwa terlupa hendak membeli bag untuk hye ra. Mir menepuk belakang yong hwa untuk memberi semangat kepada yong hwa bagi berhadapan dengan hye ra.

" Mianhae hye ra-ssi." Kemudian mulutnya terkunci. Hye ra tidak memandangnya. "Abang sayang adik!" Laju yong hwa memeluk hye ra namun hye ra tidak memberi reaksi juga. Yong hwa melepaskan pelukannya. Dia berjalan perlahan- lahan kearah teksi yang sedang menunggunya. Teksi itu serta merta memecut laju sebaik sahaja yong hwa sudah duduk di dalam.

Mir datang mendekati hye ra. " Come on, let's go! " Mir berkata teruja sambil melabuhkan tangan kanannya di bahu kanan hye ra.

Akhirnya mereka tiba di sekolah. Mir, gi kwang dan L.joe masuk ke kelas bersama hye ra. Ramai juga mata yang memandang kelibat hye ra. Gi kwang yang perasan insiden itu terus berjalan di sebelah kiri hye ra untuk menghalang mata- mata pelajar lelaki kelas itu dari terus melihat hye ra. L.joe menarik luas sebuah kerusi dan mengarahkan hye ra supaya duduk " Duduk lah. Ini tempat awak. Dekat sini memang kosong. Tak ada siapa nak duduk dengan budak sebelah tu. " L.joe memuncungkan bibirnya kearah seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelah hye ra. Dia sedang tidur.

Sebaik sahaja L.joe, mir dan gi kwang beredar ke tempat duduk masing- masing pelajar lelaki yang duduk di sebelah hye ra terjaga. Dia mengesat hujung bibirnya seterusnya meliat. Kemudian dia berdiri dan melakukan larian setempat. Kemudian dia duduk semula. Kemudian dia terpandang hye ra di sebelahnya.

" Yah .. yah .. WHOAHH, awak siapa? " Tanya pelajar lelaki itu. Hye ra memandang tag nama pelajar itu,
" Chan hee? Anyong, saya jung hye ra. Pelajar baru. Panggil hye ra. Apa saya patut panggil awak? chan hee?" Tanya hye ra tersenyum.
"WHOAHH, magic! awak tahu nama saya ! Ani, panggil chunji. Well, welcome! " Chunji tersenggih.
"Gomawo ~." hye ra menundukkan kepalanya sedikit.

Friday, 25 November 2011

Live With 3 Oppa [Chapter 1]




Chapter 1

Sebuah kereta yang berjenama mewah berhenti di hadapan sebuah rumah banglo setingkat yang cukup besar dan luas. Seorang lelaki segak berpakaian kemeja-T biru melangkah keluar dari kereta itu dan terus menuju kearah belakang kereta. Dia mengeluarkan tiga buah bagasi berlainan warna dari but kereta. 

  Kemudian lelaki itu berjalan kearah pintu tempat duduk tetamu bahagian depan .

  " Hye ra - ssi,! " Dia mengetuk tingkap kereta bercermin gelap itu.
" Ya, hye ra - ssi!" Dia mengetuk lagi. Lelaki itu cuba membuka pintu tersebut. Ahh, berkunci.
 Manusia di dalam itu pun sedang tidur. 
"Hye ra!" Lebih kuat dia mengetuk . Lelaki itu sudah panik. Tidak mungkin gadis di dalam kereta itu akan terperangkap.
" Ya ! " Lagi kuat dia ketuk dan dalam masa yang sama dia cuba menggoyangkan kereta itu. 
Akhirnya pintu itu terbuka .

  " Oppa ? " Mata gadis itu tidak terbuka luas.
" Huh. Turun- turun. Ish, takutkan orang je." Yong Hwa menarik Hye Ra keluar. Hye Ra terus menguap dan mengeliat membetulkan otot- otot nya. 
Hye ra menggesel kedua matanya. Matanya membulat memandang rumah banglo yang besar itu. 

  " WHOAHH. rumah ni abang punya ke?" Hye ra tersenyum lebar memandang yong hwa yang sedang menyeret bagasi besarnya satu- satu. 
"Yae .. " Jawab Yong Hwa dalam keadaan termengah- mengah. Dia baru sahaja mengangkat bagasi yang terakhir. Dia tidak menyeretnya kerana roda bagasi itu tiba- tiba tercabut. 
Hye ra terus berlari memasuki ruang parkir kereta. 
Yong Hwa tiba- tiba teringatkan sesuatu .
"oh no no no no no! Aniya, ni bukan rumah abang .. " ayatnya terhenti sebaik sahaja melihat hye ra tidak lagi beridiri di hadapannya. 
"Ah, that girl!" Yong Hwa sambung mengangkat bagasi tidak beroda itu semula .

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Sebaik sahaja pintu rumah itu ditutup kemas, Yong Hwa melepaskan satu keluhan kepenatan. 

"Oppa !~" panggil Hye Ra. 
"Neh ~ apa lagi dia ni?" Yong Hwa berkata sendirian .
"Oppa!" Hye Ra memanggil lagi. 
"Yae ? Mwo ? " Yong Hwa pergi kearah sebuah bilik di mana Hye Ra berada dalam keadaan terpaksa. 

" Hey, nice room ! gomawo ~ " Hye Ra tersenyum lebar melihat bilik yang lengkap bewarna biru lembut itu. 
"yae." Yong hwa berkata pendek. 
Yong hwa hendak berlalu pergi tetapi sesuatu yang membuatkan dia berhenti .

" Ni .. ni blik mir !" Yong hwa menjerit dalam hati. Di luar dia hanya menggigit bibir. 
"Am..hye ra -ssi , ni .." ayat nya dipotong Hye Ra.
"Erhh , keluar lah! Nak mandi !" Hye Ra menolak Yong Hwa keluar dari bilik itu. Kini yong hwa berdiri di hadapan bilik yang sudah bertutup itu. Yong Hwa hendak mengetuk pintu tetapi dia tidak melakukannya. Dia cuma berjalan pergi ke ruang tamu dan membuka televisyen .

10 minit kemudian ...

  " Anyong !! " kedengaran tiga suara menjerit dari arah pintu dengan serentak. 
Seorang lelaki yang sedang menyandang bag dan beruniform sekolah sedang memasuki rumah itu diikuti dua orang lagi di dibelakangnya.
" Hyung ? " panggil lelaki menyandang bag itu . Dikenali sebagai Mir. 
" Yong Hwa hyung, kitaorang ada bawa mi lebih ni!" Seorang lagi lelaki beruniform sekolah muncul. Dia lengkap memakai headphone di telinga. Meletakkan bag plastik yang berbungkus mi. dikenali sebagai L.Joe
"Hyung ? " panggil lagi seorang yang sedang membuka uniformnya menampakkan baju pooh di dalam . Dia melilau mencari kelibat Yong Hwa di dalam rumah.

  Yong hwa muncul dari dalam dapur.
"Oh ? Bila balik ? " tanya Yong Hwa terkejut melihat 3 junior kesayangannya sudah pulang.
"Beberapa saat yang lalu." jawab mir memandang jan tangannya sekilas.  
Yong Hwa terpandang sebuah bungkusan plastik di atas meja. Dia tahu apa kandungan di dalam plastik itu. Memang selalu juniornya membawa makanan kepadanya yang berseorangan di rumah. 
"WHOAH, gomawo~" dengan gelojoh dia membuka bungkusan polystrene itu .

  Mir mula melangkah meninggalakan ruang tamu. Dengan hanya sekali pulas, pintu bilik sudah terbuka. Mir mencampakkan bagnya keatas katil. Kemudian dia kearah almari dan menanggalkan uniformn sekolahnya. 
Mir mendekatkan uniform itu kearah hidungnya. Dia melakukan perkara yang sama tetapi di bahagian yang berlainan.

" Tak payah basuh lah. Wangi lagi ni. " Terus mencapai penyangkut baju dan menyangkut uniform kuning itu.
Mir mencapai tualanya. Dia mula memegang tombol pintu bilik air namun pintu itu sudah terbuka sedikit jadi, dia hanya menolak pintu itu. 

Mir mula mengunci pintu bilik mandi itu  tiba- tiba " Kyaaaaaaa !" jerit satu suara perempuan dari belakang Mir. Mir menoleh dan " Kyaaaa!" Mir juga turut menjerit sebaik sahaja melihat gadis yang sedang memakai pencuci muka itu berdiri di hadapannya.

“Siapa awak?!” gadis itu menyoal Mir dengan marah. “Saya...saya Mir.” balas Mir.

Yong Hwa dan dua orang juniornya yang sedang makan di bawah terkejut dengan jeritan itu.Mereka bertiga segera naik ke bilik Mir.Yong Hwa menepuk dahinya.Hye Ra...

“Oppa...siapa lelaki ni?” Hye Ra terus memeluk abangnya.Yong Hwa mengeluh kecil. “Ini junior oppa,sebenarnya rumah ni bukan oppa punyalah...” jelas Yong Hwa dengan kesal kerana adiknya tidak mendengar katanya tadi.
“Ahh...” Hye Ra mengangguk.L.Joe dan Gikwang yang berada di sebelah Yong Hwa hanya memandang Hye Ra. “Dahlah tu,oppa nak pergi makan ni...Hye Ra,bilik kamu dekat sebelah,” ujar Yong Hwa kepada Hye Ra.

Hye Ra menutup mukanya.Waaahh...malunya aku!dia menjerit dalam hatinya.Matanya memandang Mir yang tidak berbaju.Serentak itu,mukanya menjadi merah.Yong Hwa dan dua orang juniornya sudah pun turun.Meninggalkan mereka berdua.

“Mianhae,” ucap Hye Ra. “Takpe.Saya tau awak excited nak duduk kat rumah ni.Ermm,bilik ni saya punya.Kalau awak punya bilik,mungkin lepas bilik saya,” kata Mir dengan senyuman di bibirnya.

Hye Ra mengangguk lagi. “Kalau macam tu,saya pergi ke bilik sebelah jelah.” Hye Ra terus keluar dari bilik air dan meninggalkan Mir.Dia berlari masuk ke bilik sebelah yang luasnya seperti bilik Mir.

Hye Ra ke bilik air dan mula mencuci mukanya sebelum mandi.

Beberapa minit kemudian,dia sudah siap,dan dia turun ke bawah untuk mencari abangnya.Kelihatannya,Yong Hwa sedang enak makan mi yang dibeli oleh juniornya. “Oppa...” panggil Hye Ra. “Ne?” Yong Hwa memandang adiknya. “Lapar...” rengek Hye Ra dengan manja.Yong Hwa menggeleng dan mencubit pipi Hye Ra.

Tingkah Hye Ra yang agak manja itu dilihat juga oleh Gikwang dan L.Joe yang sedang makan.Mereka hanya tersenyum kecil. “Nahlah...” Yong Hwa menolak bungkusan mi yang sedang dia makan. “Gomawo,oppa.” Hye Ra mengucapkan terima kasih sebelum menikmati mi yang diberikan oleh abangnya.

Mir pula sudah turun,namun dia ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Yong Hwa sudah selesai makan,berjalan menuju ke ruang tamu dan ikut menonton televisyen. “Annyeong,” Gikwang menyapa Hye Ra. “Annyeong,” balas Hye Ra dengan anggukan.

“Saya Lee Gikwang,” Gikwang memperkenalkan dirinya. “Hye Ra.Jung Hye Ra,” balas Hye Ra lagi. “Ni L.Joe.Lee Byunghun,” perkenal Gikwang kepada Hye Ra,yang memandang L.Joe yang seperti di dalam dunianya sendiri.

Sekali lagi Hye Ra mengangguk.Mi yang dimakan telah pun habis.Dia bangun dan hendak menuju ke tong sampah yang ada di dapur. “Biar oppa yang buatkan,” halang Gikwang.Dia mengambil bekas bungkusan mi itu dan membuangnya dalam tong sampah.

“Gomawo,oppa,” ucap Hye Ra,meskipun agak janggal memangggil Gikwang dengan panggilan oppa.Gikwang tersenyum.L.Joe pula masih begitu,mendengar lagu di headphone tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya.