| Author's Profile | Fanfic List | Credits |

Sunday, 4 December 2011

live with 3 oppa [chapter 4 ]


chapter4 

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan pada hari itu sudah tamat. Hye ra keluar dari kelas dan terus berjalan tidak menunggu mir, l.joe dan gikwang. Laju sahaja dia berjalan seperti hendak lari dari penculik.

  "Yah, mana hye ra?" Mir terpandang tempat duduk hye ra sebaik sahaja kelas itu sudah kosong hanya tinggal mereka bertiga. L.joe yang sedang mengeluarkan headphone dari dalam bagnya memandang mir. Mir melepaskan pandangan kearah gikwang, gi kwang pula melepaskan pandangan kearah meja hye ra yang kosong.

  "YAH!!" Serentak mereka bertiga berlari keluar kelas dengan kalut. Mereka kini di luar pagar sekolah. Tiada sesiapa di situ.

 "Macam mana kau boleh tak perasan joe?" Gikwang yang masih tercungap- cungap memandang l.joe yang tampak tenang. Dia masih sempat menyanyi kecil sedangkan mir dan gikwang punyalah tercungap-cugap keletihan. Gikwang dan mir serentak memandang l.joe yang tidak mendengar soalan itu. Apakah? Mir memandang ke kiri.

 "Dekat situ!" Mir menarik gikwang pergi manakala l.joe masih sibuk menyanyi. L.joe memandang ke kanan. Matanya membulat. Dia membuka headphonenya. "Mana ... yah, jangan tinggalkan aku!" jerit l.joe berlari ke kanan.

sementara itu ...
  "Eh, gikwang?" Hyosung tiba-tiba muncul ketika mir dan gikwang berhenti di sebuah warung. Mir sudah tersenyum sedikit tanda dia tahu apa akan terjadi manakala gikwang .. dia tersenyum memandang hyosung tetapi apabila dia memandang kearah lain, dia buat muka menyampah.

 "Hey, apasal awak tak balik lagi ni?" Hyosung mencelah diantara mir dan gikwang. gikwang sudah menggaru kepala manakala mir senyap- senyap menunjukkan penumbuknya kerana dia hampir terjatuh ditolak hyosung semata- mata nak menyempit antara nya dan gikwang.

  "Gikwang, kenapa awak ada dekat sini? Rumah awak, bukan sebelah sana ke? Am.. kalau rindu saya pun, nanti- nanti lah, esok ada." Hyosung terus merapati gikwang. Gikwang cuma melahirkan sengihan terpaksanya.

  Bunyi telefon mir menarik perhatian gikwang namun, hyosung menghalangnya untuk memandang mir. Terpaksa dia melayan karenah seniornya itu. Mir membaca mesej yang diterima daripada seseorang. Kemudian dia berdiri.
  "Gikwang, joe dah jumpa hye ra. Jom." Mir menarik tangan gikwang. Hyosung pula tercengang dan mula merengus menghentak kaki.

Di rumah ...
  "Kenapa tak tunggu kami tadi?" Tanya gikwang sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam rumah itu dan terlihat hye ra yang sedang menyusun kasut di rak kasut.
  "Kenapa? Memang kena balik rumah,kan? salah ke?" Hye ra terus berlalu dengan sebuah jelingan kepada gikwang. Dia terus duduk di sofa dan membuka televisyen. Gikwang duduk disebelahnya.

  "Hey, my little princess. Kalau awak buat macam ni lagi, siap awak! Selalunya lepas sekolah, kami lepak depan warung sana. So, nanti tunggu kami. Tak tunggu lagi, siap!" Gikwang cuba mengugut gadis itu tetapi nadanya terlalu lembut dan manja, tidak layak dipanggil mengugut. Dia juga turut melemparkan senyuman manis kepada gadis disebalahnya itu. Kemudian, dia berdiri dan berlalu memasuki bilik.

  Hye ra hanya terdiam mendengar kata- kata gikwang yang semestinya membuatkannya teringatkan seseorang. Mir keluar semula beberapa minit bersama gikwang mahu membeli makanan. Kini, hye ra dan l.joe sahjaja di rumah. L.joe turun dari tingkat atas sambil menekapkan headphone di telingnya. Apabila dia hendak duduk di sofa dia terlihat hye ra sedang terbaring diatas sofa panjang. L.joe merenung lama wajah hye ra.

  "Tak ada rupa yonghwa pun.." Dia bukannya memuji malah memberi kritikan terhadap wajah hye ra. Haha. Kemudian dia duduk di kerusi bulat dekat dengan tempat hye ra tidur.

  "Makan! " Suara itu mengejutkan l.joe dan hye ra yang sedang tidur dengan serentak. Masing- masing terkejut dengan suara teriakan mir dari arah dapur. Hye ra dan L.joe serentak berdiri dan beredar ke dapur. Hye ra menarik kerusi di sebelah gi kwang. Mereka berempat menikmati sejenis mi bernama japchae. Malam itu, mereka bertiga sibuk membuat kerja sekolah yang diberi di ruang tamu. Televisyen juga ditutup. Hye ra yang baru lepas mandi dengan selamba membuka televisyen dan menguatkan ' suara televisyen '. Kejadian itu telah membuatkan mir, l.joe dan gikwang memandang hye ra dengan serentak.

  "Apa?" Tanya hye ra. Satu soalan yang tidak patut diajukan kepada tiga orang junior abangnya.
  "Join kitaorang, belajar! Tutup TV." L.joe berkata tegas. Hye ra tidak memandang L.JOE sebaliknya dia cuma menatap televisyen.

  "Hye ra.. jom buat kerja sekolah sama- sama. Tutup TV." kali ini suara yang lembut itu telah melepasi gegendang telinga hye ra. Siapa lagi kalau bukan gi kwang? Yang selalu membuatkannya teringat akan seseorang.  Hye ra melepaskan keluhan. " Tak boleh ke korang belajar dalam bilik sendiri? Tak perlu nak bincang- bincang segala? " Dia memandang tiga orang jejaka tampan di hadapannya dengan pandangan yang dapat membuatkan orang rasa menyampah dengannya.

  Gi kwang, Mir dan L.joe berpandangan. Dalam beberapa saat, mereka mengangguk perlahan. Entah apa lah yang mereka akan lakukan. Gi kwang berdiri dan merampas rimut daripada hye ra. Mir pula berdiri menarik hye ra naik keatas, ke dalam bilik hye ra.

  " Keluarkan buku, saya tolong awak buat kerja." Mir sudah duduk di kerusi meja belajar hye ra. Hye ra mencerunkan pandangannya. Tangannya digenggam kemas. Tak suka dilayan begitu. Geram melihat mir yang selamba duduk diatas meja blejarnya dan mengusik barang- barangnya. Hye ra terpandang katilnya. Dengan laju, dia naik atas katil dan menyelimuti dirinya. Mir lantas berdiri dan menuju kearah katil. Dia cuba membuka selimut itu tetapi hye ra telah mengawal selimut itu. Mir tetap nekad hendak mengajar hye ra.

  Mir menggaru kepalanya sambil mencekak pinggang. Dia hanya memandang selimut yang berbentuk badan manusia itu. Hye ra pula nekad tak nak belajar. Mir menggenggam selimut itu dan merenntapp selimut itu. Tangan hye ra dengan tidak sengaja tertarik mir dan ...

  Mir kini betul- betul di hadapannya. Mereka sangat dekat sehinggakan mereka boleh mendengar hembusan nafas masing- masing. Bola mata mereka bertemu dan mereka setia seperti itu beberapa saat.

No comments:

Post a Comment