Chapter 3
Kelas menjadi riuh-rendah,apabila suara Chan Hee,atau nama samarannya Chunji sedang membuat kecoh,kerana ada orang sudi duduk di sebelahnya. “Cehh,itu pun nak kecoh ke?” salah seorang rakan sekelas mereka menyoal dengan pelik.
“Mestilah!First time ada orang duduk sebelah aku!” balas Chunji dengan bangga. “Hek eleh...” ada yang berkata begitu kepada Chunji yang tersengih-sengih.
Dengan secara tiba-tiba,Chunji memeluk Hye Ra kerana perasaan yang terlalu gembira dengan perkara itu.L.Joe yang ternampak kejadian itu terus bangun dan menggenggam penumbuk ke arah Chunji,sebelum menarik Hye Ra ke sebelahnya.
“Weh,apa ni...kita kan kawan.So,tak payahlah nak tunjuk penumbuk segala...” Chunji menolak tangan L.Joe yang sedang menggenggam penumbuk.L.Joe merenung Chunji dengan tajam sebelum duduk semula di tempatnya.
Hye Ra terus duduk di tempatnya.
Dia memandang ke arah lain,lalu keluhan kecil terkeluar dari bibirnya itu.Gikwang yang perasan dengan keadaan Hye Ra itu hanya mampu melihat sahaja.
“Bangun!” ketua kelas menyuruh mereka semua bangun.Ketika itu,guru subjek Matematik masuk.Chunji di sebelah mengeluh dan berkata sesuatu.Selepas memberi salam hormat,guru itu menyuruh mereka semua duduk dan dia memulakan pelajaran.
Chunji di sebelahnya sudah mula aktivitinya.Iaitu tidur.Hye Ra menumpukan perhatiannya terhadap apa yang guru itu ajarkan.
Dia menyalin segala formula yang dituliskan di papan putih.Hye Ra ingin belajar dengan bersungguh-sungguh,supaya abangnya bangga kerana mendapat adik sepertinya.Itulah harapannya.
Sejam berlalu,guru itu meminta diri untuk pelajaran yang seterusnya.Hye Ra terpaksa menggerak Chunji yang masih lena dalam tidurnya.Mamat ni jaga anak ke?Sampai pagi pun tidur lagi,desis Hye Ra dalam hatinya.
“Kenapa?” Chunji masih dalam mamainya. “Waktu subjek Matematik dah habis.” balas Hye Ra. “Oh,okay.” Chunji menggeliat sebelum menjawab.
“Hye Ra,awak okey ke?Ke awak still ingat abang awak lagi?” Gikwang muncul di tempat Hye Ra. “Urmm...saya okey je.” dia menjawab dengan sebaik mungkin.Walaupun dia tidak suka dengan perhatian yang diberikan oleh junior abangnya itu.
“Okey,kalau ada apa-apa oppa dan oppa l.joe ada di sisi kamu,” pesan Gikwang sebelum ke tempat duduknya semula.Hye Ra melihat Chunji yang sudah segar,berbanding tadi,dengan mamainya selepas bangun dari tidur.
Subjek Sejarah memang membosankan bagi Hye Ra,jadi dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap subjek itu.Sudah beberapa kali matanya terpejam,dan sudah dua kali dia menguap.Chunji di sebelah masih segar,tidak tidur lagi seperti tadi.
Pelik.Itu saja yang Hye Ra dapat merumuskan tentang rakan sekelasnya itu.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
WAKTU rehat.
“Nah.” Gikwang memberikan roti yang dibelinya di kantin sekolah.Hye Ra menyambut pemberian Gikwang sebelum mengucapkan terima kasih kepada Gikwang.Gikwang membalas dengan senyuman.Hati Hye Ra berdebar untuk seketika,selepas melihat senyuman Gikwang itu.
L.Joe yang di hadapan Hye Ra sedang leka mendengar lagu di headphonenya. “Wehh,berhentilah dulu.Makan dulu!” Gikwang mencampak roti yang sama seperti yang dia berikan kepada Hye Ra.L.Joe mengangguk,dia terus membuka bungkusan plastik itu,sebelum memakan roti itu.
Hye Ra juga terus makan roti itu.
Gikwang duduk di sebelah tempat rakan L.Joe yang sudah keluar berehat.Chunji di sebelah Hye Ra sudah menghilang ke kantin.
“Gikwang!” seorang gadis berpakaian uniform sekolah yang sama dengan mereka muncul entah dari mana.Hampir menyebabkan Gikwang sedang enak makan tercekik.Hye Ra segera menghulurkan air mineral yang diletakkan di mejanya kepada Gikwang.
Gikwang terus meneguk air mineral itu.
Dia menjeling ke arah gadis itu.
Jeon Hyosung.Seniornya itu tersengih ke arahnya.Gikwang terpaksa mengukirkan senyuman pada seniornya itu.Minah ni memang nak aku mati cepat agaknya,ujarnya dalam hati.
Hyosung mendekati Gikwang.Lenggoknya sengaja digedikkan sedikit.Hye Ra yang sedang makan hanya mampu menggeleng.Gedik semacam je,komen Hye Ra dalam hati.Hyosung memandang Hye Ra dari atas hingga ke bawah.
“Siapa ni?” soal Hyosung dengan gediknya pada Gikwang. “Ah,dia ni adik senior Yong Hwa.Jung Hye Ra,” balas Gikwang. “Ohh,hai...saya Jeon Hyosung.Senior awak,” dia menghulurkan tangan kepada Hye Ra.
Hye Ra membalas huluran Hyosung dengan teragak-agak. “Jung Hye Ra,” ujar Hye Ra. “Don’t dare you to flirt Gikwang.He’s mine,” bisik Hyosung dengan penuh amaran.Kemudian,dia memberikan senyuman pada Hye Ra.Senyuman palsunya.
Hye Ra memegang dadanya. “Berani dia nak ugut aku,” kata Hye Ra dalam diam.Hyosung menjeling Hye Ra.L.Joe perasan akan jelingan itu.Dia hanya memandang Hyosung dengan jengkel.


No comments:
Post a Comment